Abam Bocey Dedahkan Kenapa Beliau Tersingkir Awal Dalam Super Spontan All-Star



Kecoh minggu lalu di media sosial apabila peminat program Super Spontan All Stars tidak berpuas hati apabila salah seorang ahli kumpulan #KungfuKipidap iaitu Abam Bocey diumum sebagai peserta yang tersingkir.
Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan, dia tidak terkilan apabila ahli kumpulan #KungfuKipidap mengundi dirinya untuk disingkirkan pada Jumaat minggu lalu.
“Saya tidak terkejut langsung apabila nama saya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir sebab saya dapat rasakan mungkin nama saya yang akan akan diundi keluar.
“Tiada perasaan marah aku tidak berpuas hati dengan penyingkiran saya sebab adat ada menang atau kalah. Hari ini mungkin saya kalah bukan sebab saya tidak kelakar, apa yang penting saya dah bagi yang terbaik untuk #kungfuKipidap dan penonton,” jelas Abam kepada Astro Gempak.
Jelas Abam lagi faktor utama penyingkirannya di minggu keempat Super Spontan All Stars berpunca daripada beberapa kelemahan yang dimiliki.
“Mungkin ada kelemahan yang saya tonjolkan malam ini sehingga tersingkir. Ahli kumpulan #KungfuKipidap sendiri beraksi dengan  hebat, cuma nasib tidak menyebelahi kami,” jawab Abam lagi.
Dalam pada itu, Abam menafikan dia mempunyai masalah dengan ahli kumpulan #KungfuKipidap sehingga namanya diundi keluar.
“Terus terang saya sangat okay dengan ahli kumpulan #KungfuKipidap dan tiada masalah di antara kami. Mungkin bukan rezeki saya untuk terus bersaing ke minggu berikutnya. Apa pun saya tetap gembira dan seronok berpeluang untuk berada di pentas Super Spontan All Stars,” ujar Abam mengakhiri perbualan.
Penyingkiran Abam minggu lalu menyaksikan #KungfuKipidap tinggal lagi lima peserta untuk beraksi minggu hadapan iaitu Johan, Uqasha Senrose, Shahrol Shiro, Rahim dan Tauke.
Super Spontan All Stars dihoskan oleh Datuk AC Mizal, program ini turut menyaksikan Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas manakala Afdlin Shauki sekali lagi tidak dapat hadir atas masalah kesihatan.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular