Anda Pasti Terkejut! Inilah Pemain Yang Akan Menggantikan Luciano Figuera Untuk Musim 2016




jdt-mula-misi-cari-pengganti-figueroa
Enam muka baru import telah disenarai pendek untuk menyarung jersi The Southern Tigers musim depan disamping mencari pengganti Luciano Figueroa yang bakal mengundur diri dari arena bola sepak.
Figueroa yang telah mencecah umur 34 tahun bakal bersara selepas menjalani 15 tahun karier sebagai pemain bola sepak profesional.

"Itu keputusan Mario Gomez (ketua jurulatih) untuk membuat keputusan terbaik, apa yang terbaik untuk Johor Darul Ta'zim (JDT). Kita telah membuat susulan dengan mereka dan hendak tengok siapa yang terbaik untuk ganti Luciano," titah Penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda mengakui untuk menggantikan penyerang kelahiran Argentina itu adalah cabaran terbesar kepada JDT, memandangkan pemain import itu bukan sahaja menampilkan aksi yang baik, malah sangat berdedikasi serta berdisiplin di luar dan dalam padang.

Tanpa mendedahkan identiti calon pemain import terbaharu JDT itu, Tunku Ismail bertitah keenam-enam calon itu terdiri daripada pemain daripada Liga Eropah, China dan Amerika Selatan.

Mengulas mengenai harapan JDT pada perlawanan separuh akhir Piala AFC 2015 menentang juara bertahan, Qadsia SC pada 29 Sept ini, baginda bertitah kelab dari Kuwait itu merupakan sebuah pasukan yang hebat.

"Untuk sampai ke separuh akhir Piala AFC satu pencapaian yang tinggi, dan itu sasaran kami sebelum musim (kejohanan itu) bermula. Kalau kita boleh pergi lebih jauh, Alhamdulillah, tetapi kalau tidak boleh pergi lebih jauh pun, saya tidak kecewa kerana sasaran telah tercapai," kata Tunku Mahkota Johor itu.

JDT melakar sejarah muncul pasukan pertama dari Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFC 2015, selepas menewaskan kelab dari Hong Kong, South China 3-1 pada aksi suku akhir kedua, 15 Sept lepas.

Kemenangan itu menjadikan JDT mara ke separuh akhir dengan agregat 4-2, setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 pada suku akhir pertama di Stadium Larkin pada 25 Ogos lepas.

Nama-nama yang dikaitkan ke JDT musim depan adalah Fernando Torres,Anelka dan Omar Abdulrahman

Ulasan

Catatan Popular