Selfie Bogel Depan Eiffel Tower, Artis Seni Ditahan
Berdiri atas nama seni, seorang artis ditahan selepas berbogel berlatarbelakangkan Eiffel Tower untuk selfie bersama pelancong pada 5 Julai lepas di Perancis. Tindakannya itu menimbulkan kontroversi dan membuatkan ibu bapa terkejut.
Menurut laporan Artnet.com, artis kontroversi dari Swiss, Milo Moiré, 31, menyapa pelancong dan meminta mengambil selfie bersama dirinya ketika bogel.
Walaupun terdapat segelintir yang bersetuju dengan permintaan Moiré, kejadian tersebut menyebabkan sebahagian orang ramai terkejut, terutamanya ibu bapa yang bersama kanak-kanak.
Pengurusnya, Peter Palm memberitahu Moiré ditahan di dalam lokap selama satu malam. Moiré diberikan amaran oleh pihak berkuasa selepas dibebaskan.
Ulasan
Catat Ulasan