Gara-gara Ingin Memiliki iPhone 6s, Lelaki Ini Sanggup Menjual Buah Pinggangnya

Produk-produk Apple seperti iPhone memang terkenal dengan harganya yang sangat mahal dan menjadi “trend” di seluruh dunia. Tidak semua orang mampu memlikinya, hanya mereka yang benar-benar berduit sahaja mampu membeli produk keluaran Apple. Tetapi ada juga individu kurang berkemampuan yang sanggup melakukan berbagai-bagai cara demi memiliki sebuah iPhone yang diidamkan mereka.
Baru-baru ini seorang penduduk China sanggup menjual buah pinggangnya demi membeli iPhone 6s yang baru sahaja dilancarkan.
Beberapa media China melaporkan bahawa seorang lelaki  bernama Wu melaporkan kepada pihak polis di Nanjing, bahawa rakannya Huang telah kehilangan buah pinggang demi membeli iPhone 6s.
Lelaki itu dilaporkan berputus asa untuk mendapatkan iPhone 6s yang diidamkannya apabila mengetahui harga yang terlalu mahal dan gaji yang diterimanya masih tidak cukup untuk membeli iPhone tersebut.
Sebelum ini, mereka mendapat tahu tarikh “pre-order” untuk smartphone tersebut akan bermula pada 12 September namun mereka menyedari tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelinya.
Wu mengatakan bahawa dia dan Huang berniat untuk menjual buah pinggang mereka di sebuah laman web sosial  dan boleh mendapat pulangan sebanyak 100,000 yuan (RM66K)  200,000 yuan (RM123K) bergantung kepada keadaan buah pinggang dan jenis darah.
Kedua sahabat itu akhirnya bertemu dengan seorang pembeli yang berminat untuk membeli buah pinggang mereka namun Wu membatalkan hasratnya, sementara temannya Huang menghilangkan diri. Dipercayai, Huang telah menjual buah pinggangnya demi membeli iPhone yang diidamkan.
Selain menjual buah pinggang, sebuah bank sperma di Shanghai menawarkan alternatif lain kepada mana-mana jejaka yang ingin memiliki iPhone 6s. Mereka yang ingin mendapatkan smartphone itu perlu mendermakan sperma mereka.
Bagaimanapun, jangan sampai anda menggadaikan kesihatan anda hanya semata-mata ingin memiliki smartphone.
Sumber dari metro.co.uk

Ulasan

Catatan Popular