ADA TANGAN GHAIB SEKAT SAFEE SARUNG JERSI NEGARA?
Seperti ada tangan ghaib yang cuba menafikan penglibatan Safee Sali dalam dua aksi kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/Asia 2019 terdahulu.
Penyerang JDT itu tidak menyembunyikan perasaannya berkecil hati selepas tidak berada dalam senarai pemilihan latihan skuad negara sebelum ini.
Tegasnya biarlah pemilihannya berdasarkan prestasi dan bukan masuk campur daripada pihak lain yang seolah-olah sengaja menyekat penglibatannya dalam skuad negara.
"Perasaan saya bercampur baur. Adakah sumbangan saya tidak mencukupi untuk skuad kebangsaan sehingga saya diketepikan.
"Ataupun adakah mereka hanya memanggil untuk memuaskan sesetengah pihak tapi saya bersedia untuk menggalas tanggungjawab bersama negara.
"Jika khidmat saya betul-betul diperlukan dan bukan untuk memuaskan hati sesetengah pihak, saya akan bersedia untuk berkhidmat," ulasnya.
Walaupun diketepikan dalam dua aksi bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi sebelum ini, tidak bermakna Safee berpatah arang dengan skuad negara.
Malah dia melaungkan amaran untuk memberikan aksi terbaik untuk menyerlah menjelang pertemuan dengan Timor Leste 13 Oktober depan.
"Memang saya terkilan, adakah tidak mencukupi? Saya pun tertanya sebabnya dan saya pemilihan saya kali ini tepat mengikut spesifikasi jurulatih."
Sumber : stadium astro
Ulasan
Catat Ulasan