Nasihat Piya Untuk Penyokong Kelantan

sokong-trw---piya
Kapten The Red Warriors, Mohd Badhri Mohd Radzi atau Piya menuntut sokongan berkualiti daripada para penyokong di saat Kelantan sedang melalui saat-saat getir dalam saingan Piala Malaysia.
Menurut laporan Bernama, Piya berkata penyokong perlu memberi sokongan padu dan bukan meruntuhkan moral pemain.

"Sikap sesetengah penyokong yang mengamalkan provokasi terhadap pemain boleh menjatuhkan moral serta memberi tekanan kepada mereka seperti perlawanan menentang Felda United pada Jumaat lepas.

"Kami terpaksa menyerap banyak tekanan apabila beraksi di atas padang. Selain berdepan tekanan pihak lawan, penonton sendiri turut memperlekeh kami," katanya.

The Red Warriors sekadar seri 1-1 dengan Felda United.

Piya berkata The Red Warriors menjanjikan aksi terbaik ketika menentang T-Team di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada Sabtu ini.

"Kami akan berusaha dan memperbaiki prestasi dalam pertemuan dengan pasukan T-Team nanti, sekali gus membawa pulang tiga mata berharga," katanya.

Ulasan

Catatan Popular