Tindakan Mengejutkan Radja Nainggolan Setelah Disingkirkan Skuad Belgium Ke Piala Dunia
PASUKAN Belgium membuat kejutan besar apabila menggugurkan arkitek berpengaruh mereka, Radja Nainggolan daripada kempen Piala Dunia 2018.
Sebagai pengganti Nainggolan, jurulatih Belgium, Roberto Martinez memilih pemain berusia 21 tahun, Youri Tielemans, yang kurang menyerlah bersama kelab Perancis, Monaco.
“Ia adalah berita sedih dan keputusan yang sukar. Dia dalah seorang pemain hebat yang ada kelas dan pemain terbaik Roma, tetapi saya membuat pemilihan berdasarkan taktikal yang dirancang.
“Saya meletakkan spesifik tertentu dan ianya berhasil. Saya tidak menggunakan Radja dalam taktikal tersebut,” kata Martinez.
Sementara itu, Nainggolan yang terkenal dengan tatu di tubuhnya melahirkan rasa kecewa dan sukar untuk menerima keputusan yang dibuat oleh pengendali Belgium.
“Malangnya dan sukar untuk diterima bahawa karier saya di pentas antarabangsa menemui penamat.
"Saya sentiasa memberikan aksi terbaik untuk mewakili negara sendiri. Menjadi diri sendiri boleh mengganggu orang lain. Mulai hari ini saya akan menjadi peminat nombor satu Belgium,” ujarnya
Belgium diletakkan dalam Kumpulan G bersama England, Panama dan Tunisia.
Belgium dengan pencapaian terbaik di Piala Dunia di tangga keempat pada 1986, akan memanaskan badan berdepan Portugal dalam aksi persahabatan pada 2 Jun.
Ulasan
Catat Ulasan