Akibat Prestasi Merosot Inilah Padah Yang Diterima Muslim Ahmad & Nurul Azwan Roya




Gara-gara kemerostan prestasi The Cops, Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia PDRM difahamkan mengambil tindakan drastik merombak pasukan dengan memecat jurulatih Azman Adnan termasuk beberapa tonggak utama
Azman Adnan merupakan jurulatih yang ketujuh dipecat di dalam Liga Malaysia berikutan prestasi hambar skuad PDRM apabila hanya memperoleh satu kemenangan daripada enam perlawanan liga super.

Dikhabarkan keputusan pemecatan bekas penyerang Selangor itu telah dibuat beberapa hari sebelum sambutan perayaan Aidilfitri.

Tonggak utama pasukan Muslim Ahmad dan Azwan Roya turut ditamatkan kontrak oleh The Cops selepas kedua-dua pemain ini gagal mempamerkan aksi yang memuaskan.

Pemecatan Azman Adnan ini melihatkan pemangku jurulatih Fauzi Pilus mengambil alih jawatan Azman untuk mengemudi pasukan menempuhi baki perlawanan musim ini.

"Buat sementara ini, kami akan teruskan cabaran baki perlawanan musim ini sekaligus memperbaiki rentak permainan pasukan," ulas Fauzi.

Ulasan

Catatan Popular