Beli Pemain Import Afrika Main Long Ball Dan Menang Piala Malaysia - TMJ
JDT TETAP TERUSKAN KEHIDUPAN
Ada sesetengah orang yang mentalitinya bijak yang berasal daripada negeri-negeri maju di Malaysia, yang sentiasa mencari peluang untuk menghina dan memperlekehkan JDT. Untuk mereka saya hanya ada satu soalan; apakah hala tuju dan perancangan pasukan anda dalam masa lima tahun?
Tidak mengapa, biar saya jawabkan... Beli pemain import berbadan besar daripada Afrika, main taktik hantaran long ball, dan menang Piala Malaysia. Baiklah, saya ucapkan selamat maju jaya. Adakah anda tahu berapa lama saya akan berada dalam kelab ini? Adakah anda tahu apa perancangan dan objektif kelab JDT mulai hari ini dan hingga 20 atau 30 tahun akan datang? Adakah anda tahu berkenaan sumber kewangan kelab, program pembangunan akar umbi, pembangunan infrastruktur, pasaran global, usahasama global, jaringan pemantauan pemain tempatan dan antarabangsa, serta pelbagai aspek lain?
Bukan seperti sesetengah presiden yang merupakan ahli politik yang hanya tahu menjanjikan piala tiap-tiap tahun dan memberikan harapan palsu kepada penyokong berkenaan KEMAJUAN dalam semua aspek. Amat menyedihkan, tapi itulah presiden-presiden anda. Jadi tak perlu bersusah payah bencikan JDT, jadi peminat lebih baik. Membenci tak membawa kemana pun.
Apa-apapun, selamat maju jaya dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan dan sikap taat setia semua penyokong gelap saya. Semakin hari semakin minat, cuma segan sahaja hendak mengaku. Tidak mengapa, saya tidak ambil hati. Diharapkan semuanya baik-baik sahaja dan semoga terhibur menonton filem Lord of the Ring *****, dan sertai persahabatannya. Semoga Allah peliharakan anda semua.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
-----------
JDT LIVING THE LIFE
There are some people whose mentality are far superior than those from the more developed states in Malaysia, always looking for an opportunity to ridicule JDT. For them I only have one question; what is the plan and direction of your team within the next five years? Nevermind, let me answer that for you... Buy a huge import player from Africa, play the long ball game and win the Malaysia Cup. I wish you all the best for that.
Do you know how long I will be in this club? Do you know what are JDT's plans and objectives in the coming 20 to 30 years? Do you know anything about the club's financial resources, grassroots development programmes, infrastructure development, global markets, global partnerships, domestic and international scouting networks, and various other aspects? Not a president like certain politicians in this country that only promise trophies and giving false hope. Sad, really, but those are your presidents.
So don't bother becoming haters, being fans are much better. Hate doesn't lead you anywhere. Whatever it is, all the best. I would also like to take this opportunity to thank all my closet fans for their support and loyalty. Their interest and love grows by the day, but they're just too shy to admit it. It's okay, no hard feelings. Hope all is well and enjoy watching Lord of the Ring ******, and join the fellowship. May Allah bless all of you.
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
Sumber Johor Southern Tiger
Agree- unless the Africans name is Drogba
BalasPadam