Masih Ingat Dengan Penyanyi Izinkan Ku Pergi Kaer Azami, Wajah Terbaru Ini Betul-Betul Memeranjatkan Kami






SELEPAS beberapa tahun menyepikan diri, Kaer kembali dengan single 
SELEPAS beberapa tahun menyepikan diri, Kaer kembali dengan single terbaharu buat peminat yang telah lama menantikan buah tangan darinya
KEPUTUSAN melanjutkan pengajian selama empat tahun dalam jurusan perniagaan di sebuah universiti swasta di Jakarta, Indonesia secara tidak langsung melenyapkan karier bintang kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2), Kaer Azami di pentas seni tempatan tatkala popularitinya sedang meningkat naik.
Bagaimanapun, pelantun lagu berjudul Izinku Pergi, yang nama sebenarnya Wan Mohammad Khair Wan Azami Hamzah bertekad kembali meneruskan karier nyanyian yang ditinggalkannya selama ini.
Dia percaya masih mampu menambat hati peminat muzik tempatan sekiranya dapat mengetengahkan buah tangan yang berkualiti.
“Saya akui sukar untuk meletakkan diri di tahap dahulu, tetapi jika ada lagu berkualiti, ia pasti membuahkan hasil.
“Pada saya, populariti penting. Namun ia bukanlah penentu kejayaan. Pemilihan bahan yang tepat dan berkualiti juga penting,” katanya.
Kaer berharap single terbaharu Andai mampu memberi impak yang sama seperti Izinku Pergi yang popular 10 tahun lalu.
Jelasnya, lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik nukilan wartawan Abie Abdullah itu disasarkan sebagai pembuka rezeki buat dirinya ketika hadir membuat kemunculan semula.
“Pemilihan Abie Abdullah sebagai penulis skrip dalam lagu ini dicadangkan sendiri oleh Azlan Abu Hassan. Ternyata, Abie Abdullah sangat faham dengan konsep dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.
“Syukur, lagu Andai sudah pun dilancarkan baru-baru ini. Manakala, muzik video lagu itu pula boleh ditonton di laman YouTube pada akhir bulan ini jika semua berjalan lancar,” jelasnya.
Sementara itu, sempena pelancaran terbaharu single Andai, Kaer memberitahu, dia bakal menerbitkan sebuah album terbaharu serta mengadakan sebuah konset mini di Kuala Lumpur.
“Untuk memberi impak kepada peminat, saya merancang untuk menghimpunkan koleksi lagu-lagu terbaik dari ketiga-tiga album sebelum ini termasuklah single terbaharu, Andai.
“Menerusi konsert ini, saya akan membawa tema jazz. Malah, saya juga akan menyanyikan beberapa lagu lama yang menjadi inspirasi saya sepanjang berkecimpung dalam bidang muzik,” ujarnya. 
– DHIYA’ZULHILMI DAUD / ABDUL RAZAK LATIF
Kaer berharap single terbaharu Andai mampu memberi 
impak sama 
seperti lagi Izinku Pergi, yang popular 10 tahun lalu.”




Ulasan

Catatan Popular