Komen Pedas Skrtel Untuk Skuad Dollah Salleh




KUALA LUMPUR: Liverpool sudah pun mencatat tiga kemenangan daripada tiga aksi pada musim panas ini, menerusi persembahan mantap di Bangkok, Brisbane dan Adelaide. Kemenangan keempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini, menentang Pilihan Malaysia, kini menjadi sasaran, tatkala tahap kecergasan dan keserasian semakin meningkat. "Kami sudah merantau agak lama dan kini di penghujung jelajah. 

Tentunya kami mahu mengakhirinya dengan penamat cemerlang," kata Martin Skrtel kepada laman web jelajah pasukan Liverpool, LFCTour.com. "Kemudian kami akan mendapat rehat selama beberapa hari dan selepas itu, kami akan menyambung semula tugasan dan persediaan bagi menghadapi musim baharu,". 

Lawan Liverpool malam ini, Pilihan Malaysia, tidak dikenalpasti kemampuan mereka. Begitupun, Skrtel tidak menjangkakan sebarang elemen kejutan pada aksi malam ini, termasuk pemain yang bakal dihalangnya daripada menembusi benteng skuad The Reds. "Ia adalah sesuatu yang normal bagi mana-mana perlawanan persahabatan. Ia masih juga berkisar mengenai kecergasan dan persediaan untuk berdepan musim baharu. 

"Saya jangkakan ia akan seperti aksi ketika di Bangkok sebelum ini. Kami hanya perlu bersedia dan melaksanakan tugas dan sekali gus memenangi perlawanan itu," kata Skrtel lagi. Ketika skuad The Reds sedang di peringkat akhir jelajah mereka di Malaysia, pusat latihan pasukan Liverpool di England iaitu, Melwood sedang sibuk dengan beberapa aktiviti. Tatkala Roberto Firmino tiba untuk memulakan latihan pada hari pertama, kelab berkenaan melengkapkan perpindahan Christian Benteke dari Aston Villa - yang turut mendapat sambutan positif daripada Skrtel. 

"Saya pernah beraksi menentang pemain ini (Benteke) dan sememangnya sukar untuk mengawalnya kerana dia besar serta kuat," kata pemain yang memakai jersi bernombor 37 ini. "Pada saya, ia adalah pembelian yang hebat bagi kami dan kedatangannya sangat dialu-alukan. Saya tidak sabar untuk bertemu dengannya di Melwood dan beraksi bersama dia,". - AGENSI

Sumber : Berita Harian

Ulasan

Catatan Popular