Komen Mengejutkan TMJ Setelah Tumpas Kepada Borussia Dortmund

dortmund-miliki-kelebihan-di-segenap-segi
Kualiti taktikal, serangan kreatif, hantaran tepat dan kelebihan fizikal ternyata membezakan Borussia Dortmund dengan Johor Darul Takzim (JDT) yang menyaksikan skuad gergasi dari Jerman itu memenangi perlawanan persahabatan 6-1, berlangsung di Stadium Larkin malam ini.
Dortmund yang menguasai perlawanan sejak wisel pertama dibunyikan melancarkan serangan bertali arus menerusi pelbagai corak serangan. 

Keputusan perlawanan bukan sesuatu yang penting lebih-lebih lagi berdepan skuad ternama seperti Dortmund, namun perlawanan bersejarah ini adalah satu pengalaman yang berguna bagi pemain-pemain JDT.

Dortmund meraih tiga gol di separuh masa pertama menerusi Ilkay Gündogan (m22), Pierre-Emerick Aubameyang (m29) dan Kevin Kampl (m32), sebelum pemain JDT, Gary Steven Robbat muncul melakukan jaringan hasil sepakan kearah kanan gawang di minit ke-39.

Biarpun ia sekadar aksi persahabatan, pemain-pemain Dortmund tetap mempamerkan aksi bersungguh-sungguh dan bertenaga untuk memburu seberapa banyak gol. 

Di separuh masa kedua, Dortmund menambah koleksi gol mereka menerusi Shinji Kagawa (m74), Jeremy Dudziak (m82) dan Marco Reus (m89).
Majlis penyampaian trofi dan meraikan kemenangan Dortmund turut diadakan selepas tamat perlawanan.
Menurut Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, perlawanan malam ini merupakan simbol bagi usahama kedua-dua pasukan dan merupakan pelajaran yang bermakna buat pemain-pemain JDT.
"Kepada penyokong Johor sekalian, kekalahan walaupun dengan pasukan mana sekalipun, bukanlah suatu kegagalan, tetapi merupakan suatu pengajaran. Pengajaran untuk kita memantapkan lagi kelab kita pada masa yang akan datang.
"Setiap kali kita mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang lebih kuat, ianya merupakan peluang bagi kita mengenalpasti kelemahan dan memperbaiki skuad kita, serta memantapkannya pada masa akan datang," katanya yang dimuatnaik ke laman Facebook JOHOR Southern Tigers, sebelum perlawanan.

Sumber : Astro Arena 801

Ulasan

Catatan Popular