Pemain JDT Ini Dipuji Oleh Jurulatih Borussia Dortmund



Johor Darul Takzim (JDT) ternyata berada jauh dibelakang dari segi teknik dan taktikal setelah dibelasah gergasi Jerman Borussia Dortmund 6-1 di Larkin.
Namun pengendali Harimau Selatan, Mario Gomez akui beliau cukup kagum dengan corak permainan pasukan lawan dan berharap skuadnya dapat mencontohi gaya bekas finalis Liga Juara-Juara UEFA itu.

"Mereka memiliki pemain yang pantas malah cekap untuk mempamerkan aksi 'one touch football' yang menakjubkan" katanya kepada sidang media.

Manakala, ketua jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel memuji kualiti yang dipamerkan JDT apabila pemain yang menjalani latihan bersama pasukan pelawat itu, Gary Steven Robbat menyempurnakan hantaran Amri Yahyah.

"Dalam bidang sukan, kami harus menerima hakikat, bekerja keras dan mengimbas kembali kesalahan pertahanan kami ketika gol itu"

"JDT menjaringkan gol yang hebat dan ia merupakan kenangan yang indah buat skuad mereka" kata Tuchel.

Separuh masa pertama menyaksikan corak permainan sederhana dipamer kedua-dua pasukan.

Begitupun Dortmund terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila sepakan percuma Ilkay Gundogan lepasi jangkauan Farizal Marlias pada minit ke-25.

Empat minit kemudian, Pierre-Emerick Aubameyang gandakan pendahuluan, sempurnakan hantaran Marcel Schmelzer.

Wakil Jerman ini terus selesa apabila Kevin Kempl peroleh jaringan ketiga pada minit ke-32.

JDT membalas pada minit ke-39 menerusi aksi hebat gandingan Gary Steven Robbat yang manfaatkan hantaran Amri Yahyah.

Bersambung babak kedua, Dortmund membuat pertukaran kepada seluruh kesebelasan pemainnya dengan Shinji Kagawa dan Marco Reus jadi tonggak utama.

Gandingan ini buahkan hasil apabila Kagawa jadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-72.

Disusuli jaringan oleh Jeremy Dudziak yang bijak sempurnakan gerakan individu sembilan minit kemudian.

Reus melengkapkan kemenangan besar Dortmund dengan jaringan keenam pada minit terakhir perlawanan.

Ini merupakan kali pertama dalam tiga aksi persahabatan gawang Dortmund dibolosi lawan.

Sumber : Astro Arena 801

Ulasan

Catatan Popular